Resepi Waffles Rangup



20181116_100635_00012943677297633135255-724x1024.png

Ini benar, waffle maker beli semasa tahun 2012 dan HILANG beberapa tahun, selepas jumpa semula terus buat waffle untuk anak-anak!

So ini RESEPI RAHSIA bagaimana nak buat waffle yang crispy krup krap!

Bahan-bahan:
1. 12 sudu besar tepung naik sendiri (terpulang tepung biasa juga boleh)
2. 2 sudu besar tepung jagung
3. 1 sudu kecil yis kering
4. susu segar
5. 2 biji telur
6. sedikit minyak
7. esen vanila
8. gula secukup rasa.

Cara-cara:
1. Sediakan 3 bekas, masukkan tepung naik sendiri ke dalam satu bekas bersama dgn yis kering dan tepung jagung.
2. Asingkan kuning telur dan putih telur di dalam dua bekas yang berasingan tadi. Masukkan gula, saya gunakan gula kastor ke dalam putih telur dan putar hingga menjadi meringue.
3. Campurkan susu segar, esen vanila dan sedikit minyak ke dalam bekas kuning telur tadi dan kacaukan sehingga sebati seketika.
4. Ambil semula bekas tepung yang di campur bersama yis dan tepung jagung tadi dan masukkan ke dalam bekas kuning telur dan sebatikan.
5. Masukkan pula putih telur yang telah diputar tadi.
6. Bancuhan tidak semestinya menjadi terlalu cair dan tidak pulak terlalu pekat.
7. Panaskan waffle maker,letakkan sedikit butter ke acuan waffle untuk elakkan waffle melekat dan masukkan bancuhan waffle tadi ke dalam waffle maker.
8. Setelah agak kekuningan keluarkan waffle dan ini adalah rahsia untuk dapatkan waffle yang rangup: selepas keluarkan daripada waffle maker, masukkan waffle tadi ke dalam oven dan bakar untuk beberapa saat di dalam oven untuk mendapatkan rasa dan texture yang lebih rangup dan crispy!

Nota: Kebiasaanya waffle tidak melekat jika sudah masak. Jadi jarang-jarang waffle melekat di waffle maker, tapi kena sentiasa tengok juga jangan sampai hangit pula waffle! 😀

Dan ini waffle yang saya hasilkan untuk sarapan pagi anak-anak. Sedap di makan panas-panas bersama kopi dan jem chocolate strawberi. Boleh juga ditambah dengan satu scoop ais krim di atasnya!
WhatsApp Image 2018-11-16 at 11.18.38 AM

WhatsApp Image 2018-11-16 at 9.41.34 AM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s